ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAT SABU DIKEJARKAN KE HOSPITAL

Thursday, 2 October 2014

MAT SABU DIKEJARKAN KE HOSPITAL

Mat Sabu

KUALA LUMPUR 2 Okt - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu telah dikejarkan ke hospital hari ini setelah dikenalpasti menghidap demam denggi.

Perkara itu disahkan beberapa pemimpin PAS termasuk Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Saya diberitahu, saudara Mat Sabu telah dimasukkan ke hospital TAR Klang disyaki denggi. Harap doakan semoga Allah sembuhkan beliau," katanya.

Khalid mendakwa, Mohamad kini dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Beberapa rakan dan pemimpin PAS turut menyebarkan gambar  di laman sosial sejak pagi Khamis mempamerkan Mat Sabu sedang diperiksa oleh seorang doktor.

Beliau yang berkemeja hitam kelihatan berada dalam keadaantidak bermaya.

No comments:

Post a Comment