ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KENDERAAN CEKAP TENAGA - APA ITU ???

Friday, 3 October 2014

KENDERAAN CEKAP TENAGA - APA ITU ???


Sudah banyak yang diperkatakan mengenai Perodua Axia baru, dan telah banyak juga tempahan yang Perodua sudah terima (pasti jauh lebih dari 20,000 unit sejak tempahan dibuka pada 15 Ogos lalu), dan satu kenyataan yang syarikat pengeluarnya cukup tekankan adalah model Axia merupakan kereta EEV Malaysia yang pertama.

Baiklah, tetapi apa yang dimaksudkan dengan EEV?

EEV ialah satu terma yang timbul dengan pantas sejak Dasar Automotif Negara 2014 (DAN) diperkenalkan. Walaupun ia satu terma khusus dalam konteks kita sebagai penduduk di Malaysia, ia juga pernah digunakan sebelum ini di Eropah sebagai rujukan kepada idea yang sama – iaitu enjin yang cekap dan kurang mencemarkan.

Sebagai contoh, pihak Kesatuan Eropah ada juga menggunakan terma EEV untuk mengelaskan kenderaan diesel yang memenuhi keperluan Euro V yang diperketatkan. Bezanya, EEV bagi mereka berertiEnhanced Environmentally Friendly Vehicles. Di Malaysia pula, EEV dalam konteks DAN membawa pengertianEnergy Efficient Vehicleataupun Kenderaan Cekap Tenaga.

Dari sudut mudah, dan menggunakan penerangan yang Institut Automotif Malaysia (MAI) berikan sewaktu pembentangan DAN pada Januari 2014, definasi EEV adalah:
“Kenderaan yang memenuhi suatu garis panduan dari segi tahap pelepasan carbon (g/km) dan penggunaan bahan api (l/100km). Kenderaan EEV termasuk kenderaan yang cekap penggunaan bahan api, hibrid, EV (kenderaan elektrik) dan kenderaan yang menggunakan bahan api alternatif. Contoh: CNG, LPG, biodiesel, hidrogen danFuel Cell.”

(1) Segmen(2) Huraian(3) Berat (kg)(4) L/100KM
AKereta mikro< 8004.5
Kereta bandar801 - 1,0005.0
BKereta super mini1,001 - 1,2506.0
CKereta keluarga kecil1,251 - 1,4006.5
DKereta keluarga besar1,401 - 1,5507.0
Kereta eksekutif kompak
EKereta eksekutif1,550 - 1,8009.5
FKereta mewah1,801 - 2,05011.0
J4x4 besar2,051 - 2,35011.5
Lain-lainLain-lain2,351 - 2,50012.0

Bagi model seperti Axia, ia memenuhi keperluan sebagai (1) kereta segmen A; (2) berciri kereta bandar, dan (3) mempunyai berat diantara 801kg-1,000kg (mengikut dokumen Perodua, Axia mempunyai berat bermula dari 820kg untuk varian Standard E hinggalah ke 850kg untuk varian Advance).

Selain daripada itu, antara perkara lain yang perlu diambil kira adalah kereta ini juga dihasilkan di Malaysia – khususnya di kilang serba baru Perodua di Rawang, Selangor.

Memandangkan Perodua mengatakan bahawa Axia bari ini mampu untuk mencatat kadar penggunaan bahan api serendah 21.6km/L (ataupun 4.63L/100km) untuk varian berkotak gear manual, dan 20.1km/L (ataupun 4.98L/100km) untuk yang mempunyai transmisi automatik*, ia pun layak untuk diberikan status EEV.


Kereta yang menjimatkan bahan api seperti ini mempunyai faedah yang jelas kepada pengguna tetapi apakah faedahnya untuk pihak Perodua sendiri? Mengikut DAN, Perodua layak diberikan insentif-insentif khusus termasuk dari segi geran (untuk R&D dan latihan, contohnya), cukai yang lebih rendah dan kemudahan untuk penyediaan infrastuktur.

Cuma insentif-insentif ini berubah-ubah dan tiada pakej tersedia yang dapat membantu syarikat atau pelabur lain membuat perancangan mereka. Dalam erti kata lain, kami sendiri pun tidak mengetahui kelebihan-kelebihan yang Perodua sudah, atau bakal, dapat. Yang memang diketahui adalah komen presiden dan ketua pegawai eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh bahawa permohonan mereka sudahpun diserahkan kepada kerajaan.

Sebenarnya, ada banyak juga kenderaan yang dijual di Malaysia sekarang yang menepati ciri-ciri yang disenaraikan di atas. Sama ada pihak pengeluarnya sudah memohon untuk mendapat insentif EEV tidak dketahui. Yang pasti adalah jumlah kereta berstatus EEV akan bertambah dan ini akan menguntungkan pembeli dengan kereta yang lebih cekap membakar bahan api
Astro Awani

No comments:

Post a Comment