ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KAFA UMUM SENARAI PEMAIN MUSIM 2015 BULAN DEPAN

Thursday 9 October 2014

KAFA UMUM SENARAI PEMAIN MUSIM 2015 BULAN DEPAN

KAFA umum senarai pemain musim 2015 bulan depan

Sebagai persiapan awal menghadapi Liga Malaysia pada 2015, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengumumkan senarai penuh barisan pemain pada bulan depan.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, barisan pemain yang akan menyarung jersi skuad 'The Red Warriors' (TRW) pada musim depan juga sudah hampir siap.

"Insya-Allah, 2 atau 3 Nov (ini) kita akan umumkan...apapun, senarai TRW 2015 sudah hampir siap.

Malahan, bagi pemain tempatan 90 peratus akan didaftar dengan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) minggu ini juga," kata Annuar menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Sebagai rekod, pasukan Kelantan menduduki tangga keenam Liga Super musim ini dengan pungutan 31 mata selain mara ke peringkat separuh akhir Piala FA.

No comments:

Post a Comment