ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GERHANA BULAN PENUH, UMAT ISLAM DIGALAK TUNAI SOLAT SUNAT

Tuesday 7 October 2014

GERHANA BULAN PENUH, UMAT ISLAM DIGALAK TUNAI SOLAT SUNAT

alt

KUALA LUMPUR 7 Okt - Umat Islam digalakkan supaya menunaikan solat sunat gerhana serta khutbah gerhana di antara jam 7.30 malam hingga 8.34 malam yang dijangka berlaku pada hari esok.

Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menerusi suratnya juga meminta peristiwa gerhana bulan penuh ini dihebahkan.

"Umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dan berzikir," kata kenyataan yang diedarkan kepada seluruh pengerusi masjid di negeri Pulau Mutiara itu.

Dalam masa sama, pihak Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang turut menyediakan panduan cara solat sunat dan khutbah gerhana bulan yang boleh dimuat turun menerusi laman web di pautan DI SINI


No comments:

Post a Comment