ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BOT TEMPUR TLDM HILANG DI PERAIRAN SABAH ???

Sunday 5 October 2014

BOT TEMPUR TLDM HILANG DI PERAIRAN SABAH ???

Bot tempur TLDM dilaporkan terputus hubungan di perairan Sabah
Pada jam 5.11 petang, KD PAUS telah gagal berkomunikasi dengan bot tempur TLDM CB 204 -Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Sebuah bot tempur jenis CB90H dengan nombor pendaftaran CB204 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dinaiki sepasukan anggota TLDM dipercayai terputus hubungan di pantai Sabah, petang tadi.

Bot tempur TLDM CB204 dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau.

Posisi terakhir CB204 adalah pada 20 batu nautika Timur laut Pulau Mengalum kira-kira pukul 1.05 petang tadi.

KD PAUS telah ditugaskan untuk mengiringi CB204 dan telah berlepas dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) pada jam 5.05 petang Ahad.

Pada jam 5.10 petang Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 2 (MWL 2) telah menerima panggilan dari KD PAUS memaklumkan bahawa kapal dan bot tempur  itu akan berpatah balik ke PTKK kerana cuaca buruk.

Namun pada jam 5.11 petang, kapal telah gagal berkomunikasi de.ngan bot tersebut.

KD PAUS turut melancarkan pencarian antara Pulau Mangalum dan Pulau Gaya tetapi gagal ditemui.

Kapal APMM telah ditugaskan bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat ini.

Setakat ini belum ada maklumat rasmi mengenai operasi mencari bot tempur TLDM yang dipercayai hilang dalam cuaca buruk.

Panglima TLDM TS Abdul Aziz Jaafar mengesahkan bot tempur CB204 hilang dalam cuaca buruk di perairan Sabah.
AstroAwani

BOT TEMPUR TLDM CB90H

051215-Malaysian_Customs_CB90
Bot tempur CB90H mempunyai pelbagai keistimewaan termasuk boleh beroperasi di kawasan air cetek sama ada lautan mahupun sungai atau tasik.
Malah, laluan sungai sempit juga boleh dilalui oleh CB90H.
Di samping itu, jika sebelum ini kita sering mendengar bot-bot menggunakan enjin berkipas, amat berbeza sekali dengan CB90H.
CB90H menggunakan sistem ‘water jet’ yang mampu bergerak dengan pantas dan senyap.
Keadaan ini meletakkan CB90H antara aset terpenting TLDM terutama dalam menjalankan tugasan penyusupan dan risikan.
Untuk itu, pemilihan TLDM menggunakan CB90H dianggap tepat kerana kemampuannya membawa anggota-anggota tentera dalam menjalankan operasi di mana-mana sahaja kawasan di negara ini.
IMG_0040Bot tempur ini juga mempunyai keistimewaan lain seperti boleh didaratkan sebahagian badannya sehingga ke kawasan atas pantai.
Ia juga boleh dihentikan secara mengejut walaupun ketika sedang bergerak laju serta mampu membuat lencongan kira-kira 110 darjah.
Memandangkan kemampuan bot ini, ia turut diguna oleh TLDM di kawasan-kawasan sensitif termasuk di Sabah bagi menangani sebarang pencerobohan musuh.

No comments:

Post a Comment