ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ANAK GHAFFAR BABA, HARI INI UMUM KELUAR PAS !!!

Wednesday 15 October 2014

ANAK GHAFFAR BABA, HARI INI UMUM KELUAR PAS !!!


Kuala Lumpur – Anak bekas timbalan perdana menteri Mohd Tamrin Abdul Ghafar hari ini menghantar surat kepada setiausaha agung PAS menarik diri dari menjadi ahli parti Islam itu.

Tamrin berkata beliau tidak lagi menganggotai PAS berkuatkuasa hari ini.

“Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini,” kata Tamrin yang juga bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu.

Ibu pejabat PAS mengesahkan penerimaan surat bertajuk “Menarik diri sebagai ahli PAS” daripada Tamrin itu.

Dua tahun lepas, pada 11 Ogos 2012, Tamrin menyerahkan borang keahlian sebagai ahli PAS kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak.

Tamrin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, beliau turut sama dilihat membantu kempen PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Tamrin dilaporkan mula tidak senang dengan PAS sejak kemelut pelantikan menteri besar Selangor yang menyaksikan pertembungan antara parti itu dengan rakannya dalam PR.
SuaraTV


No comments:

Post a Comment