ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BAHAYA AMALKAN "ILMU KEPALA TAHI" !!!

Wednesday 5 November 2014

BAHAYA AMALKAN "ILMU KEPALA TAHI" !!!


Baca tajuk di atas pun dah rasa jijik dan loya bukan. Akan tetapi ia bukanlah salah satu tip untuk memberikan kehebatan di ranjang yang di sarankan utuk Setubuh Malam Pertama.

Inilah penangan segelintir orang lelaki yang terlampau taksub untuk menjadi perkasa dan hebat apabila mengadakan hubungan seks. Akibatnya ada yang sanggup mengamalkan petua-petua yang tidak masuk akal serta tidak kurang juga menuntut ilmu yang bukan-bukan semata-mata ingin hebat dalam melakukan hubungan seks.

KUALA LUMPUR: Keinginan untuk menjadi hebat di ranjang menyebabkan segelintir lelaki dikesan sanggup membelakangkan ajaran agama sehingga tergamak mengamalkan pelbagai perbuatan karut.

Antara perbuatan sesat itu ialah menyetubuhi mayat wanita dan bertapa 40 hari tanpa mandi.

Lebih menghairankan, ilmu berkenaan `menjadi' menyebabkan nafsu seseorang itu meluap-luap, sukar dikawal dan akhirnya memakan diri apabila sanggup bersetubuh dengan seberapa ramai wanita tanpa mempedulikan halal dan haram.

Kejadian aneh ini didedahkan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan Malaysia (Sidim), Mohamed Hanafi Abdul Malek.

Menurutnya, kes paling jijik membabitkan amalan bertapa 40 hari berturut-turut dan dalam tempoh itu pengamalnya disyaratkan menyapu najis sendiri ke muka dan beberapa bahagian badan lain tanpa membersihkan diri selain membaca mantera tertentu.

Katanya, amalan songsang yang dipanggil 'ilmu kepala tahi' itu dikatakan benar-benar mujarab untuk menjadikan pengamalnya perkasa dan mampu bertahan hingga berjam-jam ketika melakukan hubungan kelamin.

Bagaimanapun, keperkasaan individu terbabit berakhir apabila ilmu diamalkan mula memakan diri hinggakan ada di kalangan pengamal terbabit sanggup meragut perawan anak gadis sendiri untuk memuaskan nafsu.

"Saya pernah menemui dua lelaki berasal dari selatan tanah air berusia pertengahan 50-an mengaku mengamalkan amalan dianggap sebagai syirik dan kotor itu demi mencapai cita-cita untuk menjadi lelaki kuat dan handal memikat gadis rupawan.

"Akibat ilmu songsang diamalkan mula memakan diri apabila lelaki terbabit mengaku sanggup menjadikan anak gadis sendiri sebagai alat untuk memuaskan nafsu, walaupun sudah ada empat isteri," katanya. 

Menurutnya, lebih menyedihkan kerana bukan hanya menjadi punca sumbang mahram, akibatnya turut menyebabkan kehancuran rumah tangga apabila si isteri tidak lagi sanggup untuk berhadapan atau melayan kerenah suami dianggap keterlaluan. 

"Dalam satu kes membabitkan seorang doktor yang mengamalkan ilmu songsang ini, dia sanggup merogol pembantu klinik dan amahnya semata-mata untuk memuaskan nafsunya itu.

"Bukan seorang tapi sudah enam pembantu rumah yang bekerja dengan doktor terbabit cabut lari kerana tidak sanggup menahan nafsu binatang majikannya.

"Pada mulanya kejadian itu menjadi tanda tanya kepada isterinya kerana pekerjanya itu tidak pernah mengadukan apa-apa masalah kepadanya.

"Bagaimanapun, perbuatan keji itu terbongkar selepas si isteri sendiri terserempak suaminya menindih pembantu rumahnya di ruang tamu rumah," katanya. 

Katanya, akibat kejadian sukar dipercayainya itu, si suami mengaku pernah menjadikan lima lagi pembantu rumah sebelum ini sebagai pemuas nafsu.

Selain pembantu rumah, doktor terbabit turut menjadikan kakitangan yang bekerja di kliniknya sebagai tempat memuaskan nafsu menyebabkan ada yang tidak tahan dengan perlakuannya itu berhenti kerja.

Sebelum ini, isteri doktor terbabit sudah dua kali berpisah dengan suaminya, bagaimanapun kerana termakan pujukan, dia rujuk kembali dengan harapan suaminya akan berubah.

Bagaimanapun, harapan hanya tinggal harapan kerana si suami masih meneruskan tabiat lama sekalipun mengaku sudah bertaubat.

Hanafi berkata, pihaknya ada menerima beberapa kes individu itu ingin berubah dan membuang ilmu dipelajarinya serta kembali bertaubat.

"Mungkin sebagai pengajaran juga balasan, ada mangsa datang mengadu dengan keadaan kemaluan yang berkudis dan hilang kelelakian (mati pucuk). Mereka merayu supaya dibantu untuk kembali pulih seperti biasa'" katanya.

Selain itu, pengamal kepercayaan karut terbabit biasanya akan didampingi jin atau iblis memainkan peranan membuatkan pengamal tidak akan pernah puas dan sentiasa inginkan lebih daripada apa yang mampu dilakukan manusia normal.
Sumber

Baca tajuk di atas pun dah rasa jijik dan loya bukan. Akan tetapi ia bukanlah salah satu tip untuk memberikan kehebatan di ranjang yang di sarankan oleh Setubuh Malam Pertama.

Inilah penangan segelintir orang lelaki yang terlampau taksub untuk menjadi perkasa dan hebat apabila mengadakan hubungan seks. Akibatnya ada yang sanggup mengamalkan petua-petua yang tidak masuk akal serta tidak kurang juga menuntut ilmu yang bukan-bukan semata-mata ingin hebat dalam melakukan hubungan seks.

Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan Malaysia (Sidim), Mohamed Hanafi Abdul Malek dalam laporan Harian Metro.

Menurutnya antara ilmu khurafat yang dipelajari oleh sesetengah lelaki ialah ‘ilmu kepala tahi’ yang memerlukan pengamalnya menyapu najis mereka sendiri kemuka selama 40 hari berturut-turut tanpa membasuhnya.

Kemujaraban ilmu ini dikatakan akan dapat memberikan keupayaan kepada pengamalnya untuk bersetubuh berjam-jam lamanya. Namun dipercayai ilmu tersebut adalah khurafat dan biasanya didampingi jin atau iblis yang menyebabkan pengamalnya tidak pernah puas mengadakan hubungan seks.

Menurut beliau lagi, pengamal ilmu terbabit tidak dapat mengawal nafsu mereka sehingga ada yang sanggup menyetubuhi anak gadis sendiri. Malah dalam laporan akhbar itu juga menceritakan kisah seorang doktor yang merogol enam pembantu rumahnya serta pembantu klinik yang bekerja dengannya.

Jelas ilmu yang karut marut ini amat bahaya. Memang menjadi keinginan seorang lelaki untuk menjadi gagah perkasa dalam hubungan seks. Tetapi seks yang di anjurkan oleh agama dan juga pada pandangan moral adalah seks dengan pasangan yang sah. Sudah pasti ada ilmu-ilmu tertentu yang boleh dipelajari untuk memuaskan kehendak seks kita dan pasangan tetapi bukanlah seperti ‘ilmu kepala tahi’ yang jelas menyimpang dan memburukkan keadaan.

1 comment:

  1. /?param=<data:text/html;base64,PHNjcmlwdD5hbGVydCgnWFNTJyk8L3NjcmlwdD4=

    ReplyDelete