ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TIMBALAN SPEAKER : PAS UMUM KEPUTUSAN 24 NOVEMBER

Wednesday 1 October 2014

TIMBALAN SPEAKER : PAS UMUM KEPUTUSAN 24 NOVEMBER

Iskandar Abdul Samad

SHAH ALAM - Pas Selangor belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak untuk mengisi jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.
    
Pesuruhjaya Pas Selangor Iskandar Abdul Samad berkata jika parti itu menerima jawatan berkenaan, satu perbincangan akan diadakan bagi memilih Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang layak menyandangnya.     

"Kami mempunyai masa sehingga sebelum 24 November depan (sidang Dun) untuk membuat sebarang keputusan.
    
"Sekiranya terima, Pas Selangor akan menghantar beberapa cadangan nama (Adun) kepada Pas Pusat dan Pas Pusat yang akan membuat keputusan mengenainya.
    
"Kita mempunyai banyak Adun Pas yang layak untuk jawatan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
   
Kerusi Timbalan Speaker Dun Selangor kosong berikutan penyandangnya Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, meletakkan jawatan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).
    
Perkara berkenaan diumumkan Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali, pada sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jumaat lepas.
    
Berikutan itu, Mohamed Azmin menawarkan jawatan timbalan speaker kepada PAS Selangor.
Bernama

No comments:

Post a Comment