ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: "ROSMAH TAK DAPAT SESEN PUN DARI PERMATA" !!!

Monday 13 October 2014

"ROSMAH TAK DAPAT SESEN PUN DARI PERMATA" !!!


Kuala Lumpur – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak yang menyatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerima wang sebanyak RM711 juta melalui Program Permata Negara (PERMATA).

Sebaliknya, beliau menegaskan sebahagian daripada peruntukkan itu turut dikongsi oleh Kementerian Pendidikan, Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan.

“Datin Seri Rosmah tak dapat sesen pun dari PERMATA.

“Fitnahnya (Dakwaan) mereka kata dapat RM 711 juta (PERMATA) itu tidak betul. RM 711juta itu adalah keseluruhan beberapa agensi yang menguruskan pendidikan awal kanak-kanak termasuk tadika.

“Ada beberapa kumpulan yang terlibat yang pertama Kementerian Pendidikan sendiri, kedua Tadika Kemas yang banyak di seluruh negara, ketiga Tadika Jabatan Perpaduan dan yang keempat adalah Permata,” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan beberapa pihak yang mengatakan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mendapat manfaat menerusi peruntukan kepada Program Permata Negara (PERMATA) dalam bajet 2015 baru-baru ini.

Bagaimanapun, Ahmad Maslan berkata dakwaan itu hanya fitnah semata-mata sebaliknya beliau menegaskan PERMATA telah menyumbangkan banyak kebaikan kepada pendidikan pra sekolah.

No comments:

Post a Comment