ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PKR TIDAK PUAS HATI PAS GANTUNG KEAHLIAN SAARI SUNGIP & HASNUL BAHARUDIN !!!

Monday 13 October 2014

PKR TIDAK PUAS HATI PAS GANTUNG KEAHLIAN SAARI SUNGIP & HASNUL BAHARUDIN !!!


Keputusan Pas Pusat menggantung keahlian selama setahun terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di negeri Selangor mengundang rasa tidak puas hati rakan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Fahmi-300x202Rasa tidak puas hati itu dinyatakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fahmi Fadzil yang menyifatkan keputusan Pas Pusat terhadap ADUN Hulu Klang, Saari Sungip dan ADUN Morib, Hasnul Baharudin itu tidak sepatutnya dibuat kerana tindakan mereka menyokong Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar sebelum ini merupakan satu tindakan demokratik.

"Walaupun tindakan disiplin yang dikenakan Pas terhadap kedua-dua ADUN (Saari dan Hasnul) tersebut adalah hak di bawah Perlembagaan parti itu, namun umum perlu ingat dan sedar bahawa tindakan kedua-dua ADUN tersebut untuk menyatakan sokongan terhadap Datin Seri Dr. Wan Azizah adalah langkah demokratik.

"Sokongan mereka itu merupakan satu usaha merungkai masalah krisis Menteri Besar mengikut amalan dan kebiasaan yang berlandaskan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor," katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp semalam.

Fahmi turut memberikan sokongan serta mempertahankan Saari dan Hasnul dengan menganggap tindakan mereka sebelum ini sebagai berani bagi mengukuhkan ukhuwah (persahabatan) dalam kalangan parti dalam pakatan pembangkang selain mengangkat kerjasama Pas, PKR dan DAP menerusi tahaluf siyasi.

Pas Pusat memutuskan menggantung keahlian Saari dan Hasnul selama setahun daripada parti itu berkuatkuasa serta-merta kerana menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, Ogos lalu.

Selain digantung keahlian, kedua-dua ADUN itu turut dilarang daripada terlibat dalam sebarang aktiviti Pas.
utusan

No comments:

Post a Comment