ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAJLIS SYURA ULAMA KELUAR ARAHAN LARANGAN AHLI PAS SERTAI AKTIVITI PASMA

Tuesday 14 October 2014

MAJLIS SYURA ULAMA KELUAR ARAHAN LARANGAN AHLI PAS SERTAI AKTIVITI PASMA

Nik Zawawi Salleh

Kuala Lumpur – Badan tertinggi dalam PAS, Majlis Syura Ulama hari ini mengeluarkan arahan kepada semua ahli PAS agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti PasMa, badan bukan kerajaan (NGO) yang pro-Pakatan Rakyat.

Ini adalah kenyataan paling keras dikeluarkan PAS terhadap NGO yang ditubuhkan awal bulan lepas itu, ekoran perbezaan fikiran dalam parti Islam itu sejak krisis perlantikan Menteri Besar Selangor.

Setiausaha Majlis Syura Nik Zawawi Salleh berkata, langkah itu selaras dengan peringatan presiden PAS dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini supaya tidak berlaku kewujudan jamaah dalam jamaah, parti dalam parti.

“Kawasan dan Badan Perhubungan Negeri juga dinasihatkan membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura sekiranya tindak-tanduk seumpama itu berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut,” kata Nik Zawawi dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Badan Perhubungan PAS Terengganu adalah satu-satunya pihak yang melarang ahli PAS melibatkan diri dalam sebarang kegiatan PasMa.

Namun bulan lalu, PasMa mengadakan majlis dialog di kawasan Nik Zawawi sendiri iaitu Kampung Raja, Besut, Terengganu.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi dan timbalannya Muhammad Husin memberikan ucapan di majlis itu.

Kenyataan Nik Zawawi ini dibuat selepas Muhammad, yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Puteh menegaskan semalam yang Majlis Syura mesti mengkaji semula keanggotaannya.

Perkara ini dibangkitkan beliau sewaktu menjawab soalan peserta semasa Dialog PasMa Daerah Kuala Muda, Kedah.

Menurut beliau, ahli Majlis Syura dilantik oleh jawatankuasa PAS Pusat iaitu badan tertinggi yang dipilih dalam muktamar.

Beliau berkata, latar belakang mereka hendaklah diteliti supaya hanya mereka yang berwibawa dan disegani seluruh ahli PAS dilantik menganggotainya.

Beliau juga mencadangkan setiap ahli Majlis Syura diteliti latar belakang pengajian dan kerjaya mereka agar yang berkelayakan sahaja menjadi anggota.  –  MI

No comments:

Post a Comment