ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MB AKAN JAWAB TUNTUTAN RM15 JUTA PEJABAT ANWAR

Tuesday 14 October 2014

MB AKAN JAWAB TUNTUTAN RM15 JUTA PEJABAT ANWAR


KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengelak menjawab pertanyaan tuntutan RM15 juta diatas nama Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sepertimana dakwaan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Inc, Faekah Husin.

“Saya dah bincang dengan Menteri Besar baru dan beliau akan mendedahkan seluruh perbelanjaan pejabat Penasihat Ekonomi Selangor yang tidak melebihi RM150,000 setahun,ok, kalau nak tahu yang benarlah, kalau nak tahu yang fitnah, itu lantaklah, tapi kalau nak tahu yang benar, itu kenyataannya,” kata Anwar.

Anwar berkata demikian sebagai menajawab pertanyaan Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar yang mempersoal kenyataan Anwar sebelum ini mengatakan hanya meminta RM1 sebagai elaun Penasihat Ekonomi Selangor.

“Dakwaan Faekah yang mengatakan Yang Berhormat dapat elaun RM1 tapi tuntutan RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor, betulkah kenyataan beliau, kalau tak betul kenapa tidak mahu saman aje” soal Noh.

Anwar menjelaskan bahawa beliau pergi ke Turki dan Dubai kerana undangan kerajaan Turki serta dibayar untuk itu lalu tidak mengambil duit dari Selangor.
RakyatNews -  13 Okt

No comments:

Post a Comment