ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 3 KRITERIA MEMILIH HAIWAN SEMBELIHAN

Saturday 4 October 2014

3 KRITERIA MEMILIH HAIWAN SEMBELIHAN


3 kriteria memilih haiwan sembelihan.

1) Haiwan Al-an'am. 

Apa itu haiwan Al-an'am? Ia adalah haiwan ternakan berkaki 4. Itik ayam tak termasuk kerana mereka berkaki 2 sahaja. Bagaimana pula dengan kuda? Walau ia berkaki 4, tak ramai yang ternak kuda untuk makan, kebanyakan kuda jadi sebagai tunggangan atau perlawanan. Sebab itu kuda tidak dikira.

Contoh haiwan al-an'am adalah lembu, kambing, biri-biri, kibas, kerbau atau unta

2) Cukup umur.

Biri-biri/kibas: satu tahun lebih
Kambing: 2 tahun atau lebih
Unta: 5 tahun
Lembu/ kerbau: 2 tahun atau lebih

3) Tiada kecacatan.

Haiwan sembelihan mestilah sihat walafiat. Tiada cacat.

Moga dapat membantu semua dalam memilih haiwan sembelihan. Selamat menunaikan ibadah kurban !!!

No comments:

Post a Comment