ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEMECATAN TIDAK SAH, TETAP BERTUGAS PADA RABU - EXCO PKR,DAP

Wednesday, 13 August 2014

PEMECATAN TIDAK SAH, TETAP BERTUGAS PADA RABU - EXCO PKR,DAP

Pemecatan tidak sah, tetap bertugas pada Rabu - Exco PKR, DAP

PETALING JAYA: Lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor mengatakan pemecatan mereka tidak sah dan tetap akan menjalankan tugas seperti biasa.

Memetik laporan portal Malaysian Insider, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim menolak pemecatan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana katanya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sahaja berhak mengambil tindakan sedemikian.

"Pelantikan Exco Selangor dibuat oleh Sultan atas nasihat menteri besar.

"Oleh itu, Sultan sahaja boleh tolak kedudukan Exco," kata Teng, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, Sungai Pinang pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya semalam.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dipetik portal suara.tv menuntut Exco PAS agar memulaukan mesyuarat esok ekoran pemecatan enam Exco mereka oleh Abdul Khalid pada petang Selasa.

Anwar berkata, semua Exco PAS diminta tidak menghadirkan diri sebagai bantahan terhadap tindakan Abdul Khalid itu.

Manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengesa PAS untuk bersama-sama menunjukkan solidariti sekiranya masih menghormati konsep kerajaan pakatan yang diperjuangan sebelum ini.

Selain Anwar, turut hadir dalam sidang akhbar tergempar itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali

Terdahulu, Abdul Khalid menyatakan semua Exco PKR dan DAP dipecat melalui surat yang dihantar iaitu tiga dari DAP dan dua dari PKR berkuatkuasa serta.

Beliau dalam masa sama menjelaskan pemecatan berkenaan tidak melibatkan Exco-exco dari Pas.

Dalam perkembangan yang sama, semua Exco PKR dan DAP yang dipecat Abdul Khalid pada Selasa akan tetap bertugas seperti biasa pada Rabu selepas merasakan pemecatan mereka tidak sah.

Manakala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Ahad ini.

Demikian menurut Setiausaha Khas kepada Presiden PAS, Zaihan Mohd Daud dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Pada Isnin, Abdul Hadi mengadakan pertemuan sulit dengan Anwar di sebuah hotel dekat Kuala Ibai.

Ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Anwar menyifatkan pertemuan itu membawa perkembangan positif.

Sementara itu, Setiausaha Khas kepada Abdul Hadi, Zaihan Mohd Daud dalam satu kenyataan menjelaskan, Presiden PAS itu masih belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada Ahad.
astroawani

No comments:

Post a Comment