ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #PENGKALANKUBOR : PKR KESAL PAS TUNTUT KERUSI

Monday 25 August 2014

#PENGKALANKUBOR : PKR KESAL PAS TUNTUT KERUSI



PASIR MAS - PKR Kelantan membidas tindakan pimpinan Pas negeri yang mahu menuntut semula kerusi Dun Pengkalan Kubor dari parti berkenaan ekoran kekosongan kawasan tersebut.

Pengarah Latihan dan Komunikasi PKR Negeri, Datuk Wan Suhaimi Wan Daud berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya timbul kerana agihan kerusi berkenaan telah diberikan kepada PKR sejak dua penggal lalu.

“Pada saya tindakan itu tidak wajar, lagipun agihan kerusi berkenaan dibuat atas persetujuan bersama ketika membentuk kerjasama antara Pas dan PKR sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas mengenai desakan Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri, Siti Zailah Mohd Yusof yang mahu PKR menyerahkan semula parti berkenaan pada PRK yang akan berlangsung dalam masa terdekat.

Sinar Harian semalam melaporkan Dewan Muslimat Pas Kelantan menuntut calon kerusi PRK Pengkalan Kubor diserahkan kepada Pas setelah dua penggal diwakili PKR tanpa sebarang kemenangan.

Kekosongan kerusi Dun Pengkalan Kubor itu berlaku apabila penyandang sebelum ini dari BN Noor Zahidi meninggal dunia Rabu lalu akibat penyakit kanser hati.

Pada PRU Lalu, Noor Zahidi mempertahankan kerusi berkenaan dengan mengalahkan calon PKR Shaharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736.

Katanya, sepatutnya Pas berikan tumpuan kepada PRK dengan membantu PKR merampas semula Dun Pengkalan Kubor dari tangan BN.

“Pada saya tidak perlulah panaskan keadaan dengan situasi ini, eloklah kita fikirkan strategi untuk menumbangkan BN pada pilihan raya itu nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment