ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TIADA PROGRAM HIBURAN DI RADIO DAN TELEVISYEN PADA HARI PERKABUNGAN NEGARA - JPM

Tuesday 19 August 2014

TIADA PROGRAM HIBURAN DI RADIO DAN TELEVISYEN PADA HARI PERKABUNGAN NEGARA - JPM


KUALA LUMPUR – Kerajaan mengarahkan semua rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen pada 22 Ogos ini ditangguhkan dan diganti dengan bacaan al-Quran dan program berunsur keagamaan berikutan ketibaan jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Malaysia.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan media memberitahu, arahan itu juga sejajar dengan pengisytiharan kerajaan baru-baru ini bahawa hari tersebut merupakan Hari Perkabungan Negara.

“Hari Perkabungan Negara ini bertujuan menzahirkan rasa duka cita seluruh rakyat Malaysia ke atas mangsa tragedi tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kerajaan turut mengarahkan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada 22 Ogos 2014 dan semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan.

Kata kenyataan itu, pakaian yang wajar dipakai orang ramai pada hari tersebut pula adalah warna yang suram, bukan warna terang atau garang.

Manakala, mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung dalam majlis penghormatan digalakkan memakai songkok, manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam;

“Peraturan hari berkubang ini perlu dipatuhi di semua peringkat kementerian, jabatan, agensi, dadan berkanun, syarikat swasta, stesen radio dan televisyen serta orang awam,” kata kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment