ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KRISIS MB SELANGOR :PAS TIDAK AKAN HANTAR NAMA, JAWATAN MB HANYA UNTUK PKR

Thursday 28 August 2014

KRISIS MB SELANGOR :PAS TIDAK AKAN HANTAR NAMA, JAWATAN MB HANYA UNTUK PKR

SHAH ALAM: PAS Selangor tetap dengan keputusannya untuk tidak menamakan anggotanya sebagai calon Menteri Besar baharu  Selangor.

Sebaliknya, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat(PKR) untuk menjawat kedudukan berkenaan.

"Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini.

"Jadi kita berpendapat adalah tidak wajar untuk kita calonkan wakil daripada PAS untuk jawatan ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tertutup bersama PAS Selangor di pejabat perhubungan negeri di sini, malam tadi.

Turut hadir Anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang juga Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman (Adun Paya Jaras).

Ditanya bila PAS akan menghantar senarai calon Menteri Besar baharu kepada Istana Selangor, Mustafa menyatakan perkara itu akan dilakukan sebelum Rabu depan.

"Kita tidak boleh beritahu nama yang dibincangkan...tunggulah nanti," katanya.

Dalam pada itu, Mustafa berkata mesyuarat malam ini tidak ada menyentuh tentang isu Menteri Besar.

"Saya hanya terangkan tentang kronologi kemelut jawatan Menteri Besar kepada anggota PAS Selangor," katanya.

Selasa lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan.
Bernama

No comments:

Post a Comment