ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: CALON PKR PENGKALAN KUBOR DEDAH PUNCA KALAH PRU-13

Saturday 23 August 2014

CALON PKR PENGKALAN KUBOR DEDAH PUNCA KALAH PRU-13


BERITA paling tragis hari ini selepas MH17. PKR dan Pas tak selesai lagi bergaduh rupanya. Selepas isu di Selangor yang dilihat pakatan songsang itu umpama retak menanti belah, kini seorang lagi bekas calon PKR yang kalah membuka mulut tentang keburukan Pas di Kelantan.

Saharun Ibrahim, calon Pengkalan Kubor PRU13 yang lepas hari ini membuka pekung Pas Kelantan tentang sebab utama beliau kalah di Pengkalan Kubor. Ini berikutan pemergian Adun Pengkalan Kubor, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang telah meninggal dunia semasa mendapat rawatan di China beberapa hari lepas.

Kata Saharun sebagai wakil PKR Kelantan dalam membahas usul menyokong ucapan Presiden parti pagi tadi turut menyebut punca kekalahan PKR di Pengkalan Kubor kerana sikap Pas yang dikatakan mencuri wang kempen.

Ntah mana yang betul tak tahu lah. Sebab dua-dua parti ni pun bukan betul sangat. Sembang je lebat.

PKR salahkan Pas. Pas salahkan PKR.

Begitulah sampai menjelang PRU akan datang. Tak habis-habis menyalahkan orang lain, diri sendiri silap tak pernah nak tengok.

Sementara Pas Pengkalan Kubor sudah pun menyenaraikan calon dari Pas untuk PRK kali ini. PKR pula pagi tadi menyatakan bahawa PKR harus mempertahankan kerusi Pengkalan Kubor sebagai kerusi parti itu walaupun pernah kalah banyak kali kepada calon BN.

Kuasa punya pasal. Kawan sendiri pun boleh maki.
Credit : JAWA BERNAM

No comments:

Post a Comment