ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: @pdrm CARI LELAKI BANTU SIASATAN KES

Thursday 28 August 2014

@pdrm CARI LELAKI BANTU SIASATAN KES


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

PDRM dalam satu kenyataan media memberitahu, lelaki tersebut ialah Bariq Ashlami Abdullah, 22, dan alamat terakhirnya di Lorong Raja Muda Musa 5 Kampung Baru di sini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali penama tersebut bolehlah menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Suhaizri Sulaiman di talian 011-1436 5721 atau Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, maklumat boleh juga disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2697 7099 atau Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999.



“Orang ramai boleh juga memberi maklumat menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada 32728 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran,” kata kenyataan itu. 

No comments:

Post a Comment