ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AL-FATIHAH : ADUN BN PENGKALAN KUBUR, DATUK NOOR ZAHIDI OMAR MENINGGAL DUNIA

Wednesday 20 August 2014

AL-FATIHAH : ADUN BN PENGKALAN KUBUR, DATUK NOOR ZAHIDI OMAR MENINGGAL DUNIA


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, meninggal dunia di China pagi ini kerana kanser.

Allahyarham meninggal dunia di Guangzau, China jam 5.45 pagi tadi ketika mendapatkan rawatan di negara berkenaan. Allahyarham juga adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan juga Ketua UMNO Bahagian Tumpat.

Datuk Noor Zahidi mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu dengan majoriti 1,736 undi.

Beliau yang memperoleh 10,174 undi menewaskan dua lagi lawannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi.





No comments:

Post a Comment