ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BUDAK PEREMPUAN INI TERSELAMAT WALAUPUN DITANAM HIDUP-HIDUP !!!

Thursday, 28 August 2014

BUDAK PEREMPUAN INI TERSELAMAT WALAUPUN DITANAM HIDUP-HIDUP !!!


Baru berusia tujuh tahun namun bagi budak perempuan ini, Tanu, dia sudah melalui pengalaman yang menakutkan.

Dia ditanam hidup-hidup di dalam ladang tebu sebuah perkampungan di India, dipercayai oleh ibu saudaranya.

Namun nasib baik tangisan Tanu, yang ketika itu sedang menggorek tanah telah didengari oleh seorang lelaki, Alok Kumar, yang kemudiannya bergegas ke kawasan tersebut.

Menurut Alok, dia terkejut apabila mendapati seorang budak perempuan sedang menggali tanah untuk mencari jalan keluar.

Alok kemudiannya terus menggali tanah itu dan membawa budak tersebut ke balai polis.

Terdapat tanda-tanda kesan jerut di leher Tanu dan selepas sedar, dia memberitahu bahawa dia menetap di sebuah kampung bersama ibunya, Renu.

Tanu juga memaklumkan dia telah dibawa keluar oleh sepasang suami isteri yang juga ibu dan bapa saudaranya dan mereka kemudiannya cuba mencekiknya.

“Pasangan suami isteri itu membawa Tanu untuk menetap dengan mereka selama beberapa hari sebelum mencekik dan menanamnya di kawasan ladang tebu itu,’’ kata polis.

Siasatan polis di rumah Tanu juga mendapati ibunya sudah menghilangkan diri dan rumah mereka juga dikunci.

Pada masa sama, berita mengenai Tanu yang disiarkan melalui televisyen berjaya menemukan dia semula dengan neneknya, Rajrani yang menetap di Lucknow.

“Renu kembali ke rumah saya selepas beberapa bulan berkahwin dan menetap bersama kami. Namun sejak 15 hari lalu, Renu telah membawa Tanu keluar dari rumah ini tanpa memberitahu kami apa-apa pun,’’ kata Rajrani.

Polis kini sedang mengesan Renu.

No comments:

Post a Comment