KUALA LUMPUR: Media sosial sekali lagi dikejutkan dengan aksi 'bogel' apabila sepasang kekasih yang dipercayai baru berkahwin, menjalani sesi fotografi mereka dalam keadaan separuh bogel.
Menurut beberapa laman blog di mana foto pasangan itu tersebar, kedua-dua pengantin itu kelihatan menjalani sesi tersebut dan berjalan di sekitar Jalan Sultan Yussof, Ipoh, Perak pagi tadi.
Dalam foto yang tersebar di Facebook dan Twitter itu, wanita tersebut kelihatan hanya memakai baju dalam dan seluar dalam putih beserta kain layah menutup kepala, manakala pasangannya hanya memakai seluar panjang hitam dan tidak berbaju.
Selain gambar, terdapat juga video pasangan tersebut yang dimuatnaik oleh pengguna di Facebook.
Sementara itu, polis Perak mengesahkan akan mengambil tindakan terhadap pasangan tersebut di atas kelakuan mereka yang disifatkan 'tidak bermoral dan berakhlak', lapor Berita Harian hari ini.
Menurut akhbar tersebut, Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan akan menyiasat kejadian tersebut mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.
Pada 5 Ogos lalu, negara dikejutkan dengan satu pesta sukan bogel yang dipanggil 'Malaysia Nude Sports Games 2014' di Pulau Pinang yang difahamkan diadakan sekitar Jun lepas.
Ia mendapat perhatian orang ramai dan pihak berkuasa selepas gambar dan juga video berdurasi 5 minit 22 saat yang dikatakan dirakam di sebuah pulau di Teluk Bahang, Pulau Pinang tersebar di beberapa blog dan laman sosial pada Selasa.

No comments:
Post a Comment