ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KEPUTUSAN PEMILIHAN PKR 2014

Thursday 21 August 2014

KEPUTUSAN PEMILIHAN PKR 2014

Azmin Pertahan Kerusi Timbalan Presiden

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali berjaya mempertahankan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu kali ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, sebentar tadi.

Azmin disahkan memenangi jawatan nombor dua itu selepas memperoleh 22,562 undi, menewaskan pencabarnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dengan 10,743 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua mengekalkan jawatan yang disandang.

Nurul Izzah mendapat  29,712 undi manakala Tian Chua dengan  22, 324 undi.

Dua muka baru bagi jawatan naib presiden ialah Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Rafizi Ramli.

Nik Nazmi Dipilih Ketua AMK

PETALING JAYA: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan yang baharu selepas memenangi kerusi itu dengan memperoleh 4,509 undi.

Beliau mengatasi dua pencabar lain, Amirudin Shari dan Mohd Nazree yang masing-masing memperoleh 4,259 undi dan 2,213 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment