Jenazah yang diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kira-kira jam 9.03 malam.
Allahyarham Noor Zahidi akan dibawa ke rumahnya diiringi tentera 8 Briged ke Kampung Surau Pasir Pekan untuk pengkebumian malam ini.
Turut berada di LTSIP ialah Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Speaker, Datuk Abdullah Ya'kob dan hampir kesemua Adun serta kepimpinan kerajaan.
Lebih 500 orang menyambut ketibaan jenazah.
{UPDATE}
Tumpat: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia di China, Rabu lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Surau, Pasir Pekan, malam ini.
Upacara pengebumiannya dihadiri kira-kiri 1,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Abdullah Ya'kub, ADUN Kok Lanas Datuk Mohd Alwi Che Ahmad dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
No comments:
Post a Comment