ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DUA MODEL SEPARUH BOGEL DI IPOH MENGAKU SALAH

Wednesday 27 August 2014

DUA MODEL SEPARUH BOGEL DI IPOH MENGAKU SALAH

Model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan model wanita, How Jo Yee, 21 didakwa secara bersama menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat berkenaan yang juga di depan sebuah bank pada jam 9 pagi, 25 Ogos lalu.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.
Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yag sama, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM400.
Majistret Haslinda A Raof kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM400 setiap seorang atau penjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Andrew Soong.
Sementara itu, peguam tertuduh memberitahu kedua-dua anak guamnya akan membayar secara tunai denda berkenaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment