ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KERETA GURU YANG BERMASALAH, BUKAN DIBAKAR PELAJAR !!!

Wednesday, 20 August 2014

KERETA GURU YANG BERMASALAH, BUKAN DIBAKAR PELAJAR !!!


BANTING - Kebakaran kereta milik seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang di sini hari ini adalah disebabkan litar pintas, bukan dibakar oleh pelajar seperti dilaporkan di laman sosial.
    
Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu di kereta berkenaan, sebuah Proton Waja.
    
"Pasukan bomba Banting bergegas ke lokasi kejadian sejurus mendapat maklumat dan api dapat dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian. Hampir keseluruhan kereta itu terbakar," katanya.
    
Pelajar dikatakan panik apabila menyangka guru pemilik kereta berkenaan rentung dalam kejadian itu.
    
Pelajar, Sofiatul Hidayah Azman Naim, 18, ketika ditemui berkata kereta milik gurunya yang diletakkan di perkarangan sekolah itu terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi tadi.
    
"Seluruh pelajar kelas kami nampak kebakaran itu dan pada mulanya kami sangka cikgu kami berada dalam kereta itu sebelum sekumpulan pelajar lelaki bertindak memadamkan api menggunakan hos air berhampiran.
    
"Bagaimanapun, kami lega apabila dapat tahu cikgu tidak berada dalam kereta," katanya. - Bernama



No comments:

Post a Comment