ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ANGGOTA BOMBA GAGALKAN CUBAAN ROMPAK STESEN MINYAK SHELL

Friday 29 August 2014

ANGGOTA BOMBA GAGALKAN CUBAAN ROMPAK STESEN MINYAK SHELL

SEKALI lagi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membuktikan kecekapan dan sikap peka mereka dengan keadaan sekeliling.
Insiden cubaan rompak di stesen minyak Shell di Tabuan Jaya, Sarawak yang berlaku jam 12 tengah malam semalam adalah antara buktinya.
Alkisahnya, seorang perompak cuba memecahkan cermin kaca kedai serbaneka di stesen tersebut dengan harapan dapat masuk ke dalamnya.
Bagaimanapun, dia terlupa bahawa di sebelah stesen tersebut terdapat sebuah balai Bomba dengan anggotanya yang sentiasa dalam keadaan ‘standby’ untuk sebarang laporan kecemasan.
Secara tidak langsung, bunyi cermin kaca yang pecah telah didengar oleh anggota bomba tersebut dan mereka bergegas ke stesen minyak tersebut.
Suspek yang menyedari kehadiran mereka segera melarikan dan meninggalkan motosikalnya di lokasi kejadian.
Hasil pemeriksaan polis yang tiba tidak lama selepas itu mendapati motosikal itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.
GAMBAR: Anggota Bomba Patahkan Cubaan Rompak Stesen Minyak
GAMBAR: Anggota Bomba Patahkan Cubaan Rompak Stesen Minyak

No comments:

Post a Comment