ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAKNA "MALAYSIA, DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA"

Tuesday 26 August 2014

MAKNA "MALAYSIA, DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA"


Lirik lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad dianggap istimewa dan menjadi pilihan untuk tema Hari Kebangsaan ke 57 pada tahun ini.

"Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta boleh dianggap satu satu yang istimewa kerana ia lebih menusuk kalbu. Ia bercakap mengenai kecintaan kepada negara dengan lebih mendalam lagi. Cinta bukan sahaja kepada negara tetapi melangkaui segala aspek," ulas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semasa menjadi tetamu jemputan dalam Agenda AWANI malam tadi.

Beliau berkata tema Hari Kebangsaan pada tahun ini dipetik daripada lirik lagu "Warisan" yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Arshad iaitu ‘Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta’.

Shabery Cheek juga berkata sebuah kempen yang bertajuk “Memory Chow Kit Road” akan diadakan bermula 29 Ogos hingga 31 Ogos.

Antara aktitviti yang akan diadakan dalam bulan kemerdekaan ini juga adalah Pameran Aset Ketenteraan, Perkampungan Belia dan dan karnival jualan barang-barang yang dijual di internet.

No comments:

Post a Comment