ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: (UPDATE} KHALID SAMAD KENA LUDAH !!!

Tuesday 26 August 2014

(UPDATE} KHALID SAMAD KENA LUDAH !!!


Ketika mahu meninggalkan kompleks mahkamah selepas diikat dijamin, anggota parlimen PAS Khalid Samad disekat sekumpulan pemuda Melayu yang tidak puas hati dengannya.

Bercakap kepada Malaysiakini, katanya, mereka mengeluarkan kata-kata kecaman padanya.

Malah, menurutnya, seorang daripada mereka tampil meludahnya.

“Ketika saya mahu meninggalkan (kompleks mahkamah), seorang lelaki Melayu datang kepada saya dan tanya sama ada saya Khalid Samad, anggota parlimen Shah Alam. Lepas saya kata ‘ya’, dia ludah saya.

“Dan kemudian, datang lagi sepuluh orang dan menghina saya, gelar saya pengkhianat Melayu.

“Ketika kami bergerak menuju kereta, mereka mula bertempik dan berkelakuan liar. Tetapi mereka tidak sentuh saya,” katanya.

Beberapa orang lagi turut menyaksikan insiden itu.

Khalid hari ini didakwa atas tuduhan menghasut atas kenyataannya yang menggesa agar kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihapuskan.

Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bawah Akta Hasutan dan mengaku tidak bersalah.


{UPDATE}Khalid Samad diludah, hampir ditampar
KUALA LUMPUR - Sejurus selesai proses ikat jamin selepas dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad diludah, disembur air, hampir ditampar dan dilemparkan kata-kata kesat oleh seorang lelaki tidak dikenali sebentar tadi.

Dalam kejadian yang tidak diduga itu, Khalid yang baru keluar dari Kaunter Jamin di aras B1, menuju ke pintu utama lobi untuk ke tempat meletak kereta bersama beberapa rakannya.

Menurut sumber yang mahu namanya dirahsiakan, keadaan di lobi kompleks mahkamah itu kecoh kira-kira 10 minit.

Sumber itu berkata, dalam kejadian pada jam 1 tengah hari tadi, Khalid tiba-tiba didatangi dua orang lelaki yang menunggunya di lobi.

Salah seorang daripada mereka meludah dan cuba menampar wajah ahli Pas itu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang berada bersama Khalid ketika itu menahan tindakan lelaki itu.

Sementara itu, lelaki yang dianggarkan berusia 30-an itu disertai oleh beberapa lelaki lain kemudian mengekori Khalid menuju ke tempat meletak kereta.

Seorang saksi lain memberitahu, kumpulan lelaki itu meludah ke arah Khalid walaupun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu sudah masuk ke dalam keretanya.

Mereka turut menjerit "Kamu ingat Selangor ini kamu punya ke?" dan "babi" kepada Khalid.

Kumpulan itu meninggalkan tempat kejadian selepas Khalid beredar.‬

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi berkata, beliau agak terkejut dengan tindakan itu namun buat masa ini masih belum memutuskan tindakan yang akan dibuat terhadap kumpulan lelaki berkenaan. - Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment