ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI : KHALID PECAT SEMUA EXCO PKR & DAP

Tuesday, 12 August 2014

TERKINI : KHALID PECAT SEMUA EXCO PKR & DAP


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak memecat enam Exco PKR dan DAP yang berkuat kuasa, hari ini.

Menurutnya, semua surat sudah dihantar kepada lima exco iaitu tiga dari DAP dan dua dari PKR. Manakala surat kepada seorang lagi Exco PKR masih belum dihantar kerana beliau berada di luar negara.

Sebelum itu, enam Exco PKR dan DAP dalam satu kenyataan berkata, pihak mereka tidak akan bertemu Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing.

"Dalam tempoh peralihan ini, urusan yang melibatkan kami adalah mengikut mandat yang telah ditetapkan parti iaitu kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar dari PR dilantik.

"Abdul Khalid dan MMKN tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian.  Perkara-perkara ini akan dilaksanakan serta-merta," kata kenyataan yang dikeluarkan bersama oleh Datuk Teng Chang Khim, Rodziah Ismail, Ean Yong Hian Wah, Elizabeth Wong, Dr Daroyah Alwi dan V Ganabatirau itu.
SH

Semua Wakil Rakyat PAS Wajib Sokong Khalid - Timbalan MB Kelantan

KOTA BHARU: Semua 15 wakil rakyat PAS di Selangor terikat untuk memberi sokongan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Beliau berkata, sokongan itu adalah wajib dan mengikut keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS yang menyokong Khalid sebagai menteri besar Selangor sehingga tamat penggal.
"Majlis Syura adalah badan pembuat keputusan tertinggi parti, oleh itu semua pemimpin PAS dan wakil rakyat mesti mematuhi keputusan itu dan mereka perlu menyokong Khalid sehingga majlis itu membalikkan keputusan itu.
"Perintah itu juga diberikan kepada Exco PAS dalam kabinet Khalid," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Selasa.
Mohd Amar berkata, selagi exco DAP tidak meletak jawatan, ia menunjukkan bahawa mereka juga menyokong Khalid sebagai eksekutif tertinggi negeri walaupun pada dasarnya, DAP bersama PKR untuk menggulingkan Khalid.
"Secara teknikalnya, Khalid mempunyai mandat majoriti wakil rakyat dalam Selangor untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar," katanya.
Beliau menambah, krisis di Selangor adalah unik kerana Khalid adalah menteri besar pertama tanpa parti dalam sejarah politik Selangor.-mStar


No comments:

Post a Comment