ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LGE MAHU BAWA NASRUDDIN KE MAHKAMAH

Friday 8 August 2014

LGE MAHU BAWA NASRUDDIN KE MAHKAMAH

Guan Eng mahu bawa Nasruddin ke mahkamah

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka mengheret Anggota Parlimen (MP) Temerloh Nasruddin Hassan Tantawi ke mahkamah selepas MP PAS itu gagal memohon maaf berhubung kenyataannya yang dikatakan berunsur fitnah.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata beliau telah memberi masa mencukupi kepada Nasruddin untuk memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai kedudukan kewangan kerajaaan negeri dan  projek terowong dasar laut.

"Setakat ini saya belum menerima sebarang respons daripada Nasruddin dan saya akan menunggu dan melihat. Saya akan membuat kenyataan rasmi sekiranya beliau terus membisu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam Lim memberi pilihan kepada Nasruddin untuk memohon maaf dan menarik balik dakwaan beliau yang projek dasar laut bernilai RM3.6 bilion itu diberi menerusi tender rundingan dan bukan secara terbuka.

Mengenai pesta bogel di Teluk Kampi, Taman Negara Teluk Bahang dua bulan lalu yang klip videonya tersebar luas, beliau berkata adalah tidak betul Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman menyalahkan kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak mengetahui kejadian itu dan menyerahkannya kepada pihak polis mengendalikannya.

"Walaupun ia berlaku di Pulau Pinang, kita tidak meluluskan pesta seumpama itu dan ia berlaku di Taman Negara milik kerajaan persekutuan," katanya.

Dilaporkan Zainal Abidin menyalahkan kerajaan negeri kerana gagal menghentikan acara tersebut.
astroawani

No comments:

Post a Comment