ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEBARAN SEGERA : 4 FACEBOOKER DIBURU POLIS !!!

Friday 8 August 2014

SEBARAN SEGERA : 4 FACEBOOKER DIBURU POLIS !!!


Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan empat pemilik Facebook dan seorang lelaki di YouTube bagi membantu siasatan membabitkan penghinaan terhadap agama dan sensitiviti perkauman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pemilik Facebook itu adalah Vignamona VM, Kelvin Yap, Persatuan Kongsi Gelap Melayu dan Mohd Adam Asyiq Balasubramaniam.

Menurutnya, polis turut mencari seorang lelaki Cina yang kelihatan di YouTube sedang menendang seorang lelaki di Stesen LRT Sri Petaling.

"PDRM menyarankan semua pihak tidak memainkan sebarang isu yang boleh menyemarakkan sentimen perkauman dan keagamaan kerana ia mampu menggugat keharmonian kaum dan ketenteraman awam.
HMetro

No comments:

Post a Comment