ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JANGAN PERSOAL STATUS KERAJAAN NEGERI SELANGOR - KHALID IBRAHIM

Thursday 14 August 2014

JANGAN PERSOAL STATUS KERAJAAN NEGERI SELANGOR - KHALID IBRAHIM


Status kerajaan negeri sekarang yang dipimpin oleh Menteri Besar dari Bebas bersama empat Exco Pas tidak seharusnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak selagi sah di sisi undang-undang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika perkara itu mahu diperbesar-besarkan, penubuhan kerajaan negeri pakatan pembangkang juga boleh dipersoalkan statusnya memandangkan pakatan berkenaan bukannya sebuah pertubuhan yang berdaftar.

"Orang tanya status kerajaan negeri sekarang dan saya katakan semua parti politik ada. DAP, PKR, Pas semuanya ada, UMNO pun ada justeru, tidak ada sebarang masalah," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco semalam.


Abdul Khalid menerima kritikan daripada pelbagai pihak khususnya PKR dan DAP yang mahukan beliau berundur kerana didakwa hilang sokongan daripada parti.

Bagaimanapun, kedudukan Abdul Khalid masih selamat apabila empat Exco dari Pas menyokong kepimpinannya kecuali lima Exco PKR dan DAP yang tidak menyokong.

No comments:

Post a Comment