ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SUSPEK KES BUNUH PEGAWAI AMBANK DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI !!!

Thursday, 14 August 2014

SUSPEK KES BUNUH PEGAWAI AMBANK DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI !!!


SHAH ALAM 14 Ogos - Bekas Pengawal keselamatan AmBank Subang Jaya, La Ode Ardi hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati apabila setelah didapati bersalah membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib, tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir turut mengarahkan tertuduh dijatuhi hukuman mati setelah didapati bersalah atas tuduhan melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun dengan niat menyebabkan kematian kepada pegawai AmBank itu pada tahun yang sama.

Beliau memutuskan demikian setelah pihak pendakwaan yang diwakili Ketua Unit Pendakwaan Selangor, Mohd. Azari Harun dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Asyraf Md. Kamal berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Dalam kes itu, La Ode, 37, didakwa membunuh Norazita, 37, di dalam bangunan AmBank, No. 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara pukul 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.
Rakyatnews

No comments:

Post a Comment