ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: {UPDATE} TERKINI ISU MB SELANGOR : SULTAN SELANGOR PERKENAN KHALID KEKAL

Monday 11 August 2014

{UPDATE} TERKINI ISU MB SELANGOR : SULTAN SELANGOR PERKENAN KHALID KEKAL


SHAH ALAM: Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor perkenan beliau terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Selangor. 

Beliau berkata, kerajaan Selangor boleh berfungsi dengan empat EXCO dari Pas yang menyokong Khalid tanpa wakil DAP dan PKR. 

Katanya, peraturan di negeri Selangor membenarkan minumum empat EXCO dan maksimum 10 orang dilantik untuk mentadbir kerajaan neger itu. 

{UPDATE)
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan beliau akan kekal sebagai menteri besar Selangor buat masa ini diatas perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya telah menghadap Tuanku pada pagi tadi di Istana Alam Shah untuk memaklumkan kedudukan saya sebagai menteri besar Selangor selepas pemecatan sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Justeru, Tuanku berpuas hati dengan penjelasan tersebut dan memperkenankan saya untuk terus memegang jawatan sebagai menteri besar," katanya.

Abdul Khalid ketika mengadakan sidang media selepas menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Alam Shah Klang awal pagi Isnin. Turut kelihatan di belakang Abdul Khalid ialah Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang yang juga bekas Setiausaha Politiknya, Faekah Husin.

Khalid berkata, beliau turut menjelaskan kepada Tuanku bahawa dirinya masih memperolehi kepercayaan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Jelasnya, beliau akan kekal dengan jawatannya dan menjalankan tugas seperti biasa sehingga terdapat perkembangan baharu.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menyertai PAS atau Umno, Khalid berkata beliau masih belum mempertimbangkan perkara itu.

"Perkara itu akan saya pertimbangkan tapi saya harus bersihkan diri daripada tohmahan PKR," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pemecatannya, Khalid menegaskan beliau tidak akan membawa kes tersebut ke mahkamah tetapi meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) campur tangan dalam kes ini.


"Saya tidak akan bawa perkara ini ke mahkamah tapi akan meminta ROS mengkaji dan melihat tatacara bagaimana pertubuhan (PKR) menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka (pemecatan beliau)," katanya. - mStar



No comments:

Post a Comment