ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PM @NajibRazak DIJANGKITI VIRUS E.COLI

Tuesday 6 January 2015

PM @NajibRazak DIJANGKITI VIRUS E.COLI


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disahkan dijangkiti virus E.Coli ketika melakukan lawatan ke kawasan banjir baru-baru ini.

“Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin,” demikian menurut Twitter rasmi Malaysia PM Press Office (@PMOMalaysia) pada Isnin.


Virus E.Coli atau Escherichia coli adalah kuman yang menyebabkan diarea.

Selain itu menerusi akaun Twitter peribadinya, Najib berkata beliau akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah.

E.coli boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang boleh membawa maut.

Najib sebelum ini mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan banjir serta memantau usaha membantu mangsa yang terjejas akibat bencana itu di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. -mStar

No comments:

Post a Comment