ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: UNTUK ADIK-ADIK LEPASAN SPM : JANGAN PANDAH RENDAH PRA U / TINGKATAN 6

Thursday, 22 January 2015

UNTUK ADIK-ADIK LEPASAN SPM : JANGAN PANDAH RENDAH PRA U / TINGKATAN 6


Pra Universiti? Apa tu?

Mesti ramai di antara kita yang tidak tahu apa itu Pra U. Tapi semua orang tahu apa itu form 6. Baiklah sebenarnya Pra U ini merupakan nama baharu bagi form 6. Hal ini kerana di Pra U, pembelajarannya mengikut sistem penggal iaitu sistem yang sama seperti di universiti. Oleh itu, Sebanyak 3 kali peperiksaan yang bakal diambil oleh pelajar Pra U.

Pra U juga merupakan salah satu institusi yang SETARAF dengan diploma, matrikulasi dan asasi. Pakaian pun hanya memakai smart casual. Tiada lagi baju sekolah. Sebab itulah mengapa dinamakan Pra U. Satu lagi, Pra U kini sudah ada kolej sendiri. Tapi di peringkat permulaan sikit la. Jadi masih banyak lagi pelajar Pra U ditempatkan di Sekolah Menengah. Tapi itu tidak menjadi masalah kerana Pra U tetap penuntut IPT. 

Cuma bagi sesetengah masyarakat la, mesti akan memandang rendah Pra U ni. Ayat-ayar seperti "orang tak pandai je masuk form 6", "tak dapat universiti la tu", "membazir masa la masuk form 6", dan sebagainya sangat banyak diperkatakan oleh masyarakat. Seolah-olah Pra U ni merupakan institusi 'low class".

Sebenarnya, sesiapa yang masuk Pra U ni akan lebih dipandang oleh masyarakat yang berpendidikan tinggi. Hal ini kerana Pra U bukan sekadar belajar akademik, tapi belajar menjadi insan yang lebih matang, lebih berani, lebih gemar untuk bersuara, mengeluarkan pendapat dan sebagainya. Disamping itu peperiksaan Pra U merupakan antara peperiksaan yang tersusah di dunia. Kalau tak silap ketiga paling susah. Jadi, pensyarah universiti akan memandang tinggi pelajar Pra U. Jadi, jangan pandang rendah pada Pra U.

Kesimpulannya, jangan memandang rendah Pra U ni kerana Pra U ni setaraf institusi pengajian yang lain. Orang cakap rugi masa masuk Pra U. Tapi sebenarnya ia menjimatkan masa. Tapi orang yang betul-betul nak belajar sahaja boleh masuk Pra U. Sebab kalau sekadar nak cuba-cuba, baik lupakan. Jadi, bagi sesiapa yang berada di alam Pra U, berbanggalah dengan institusi pengajian ini dan belajarlah dengan bersungguh-sungguh.

No comments:

Post a Comment