ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO : PEMASANGAN TANGAN MEKANIKAL ADIK AINAA

Saturday 24 January 2015

VIDEO : PEMASANGAN TANGAN MEKANIKAL ADIK AINAA


Ramai tahu akan kisah adik Ainaa Amanda, namun tidak ramai tahu kisah Tuan Sujana, seorang lelaki budiman yang telah memberikan tangan prosthetic kepada adik comel ini.

Saya berpeluang berkenalan dengan Tuan Sujana, 47, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Su melalui group E-Nable iaitu sebuah NGO yang hanya beribu pejabat di Google+ Group; E-Nable mempunyai rangkaian sukarelawan di seluruh dunia yang bertindak mengkaji, membina, berkongsi dan memberikan tangan prostetik (tangan palsu) berasaskan teknologi 3D Printing kepada mereka yang memerlukannya di seluruh dunia. Jadi saya ingin berkongsi dengan pembaca akan kisah ini melalui temubual saya dengan lelaki budiman ini.

‘Unsung hero’ yang sangat merendah diri ini berasal dari Taiping, Perak telah mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Mohamad Khalid Johor selepas tamat sekolah menengah di Sekolah Menengah King Edward VI. Beliau seterusnya berkhidmat di dalam bidang pendidikan selama 7 tahun sebagai Guru Bahasa Inggeris di Sungai Selama, Perak dan menamatkan perkhidmataan awam di Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Seemenjak itu, beliau telah bertukar beberapa jenis pekerjaan sebelum beliau mula jatuh hati akan teknologi baru 3D Printing ini pada dua tahun yang lalu.

Video koleksi peribadi Tuan Sujana

Anda akan terkejut kerana tanpa pendidikan formal, tanpa kemahiran rekabentuk, tanpa kemahiran teknikal ataupun latihan rasmi sebagai jurutera, Pak Su pada usia 45 tahun telah belajar mengendalikan, merekabentuk dan menggunakan 3D Printer dari kosong. Bukan itu sahaja, beliau turut membina mesin 3D Printer beliau sendiri. Semuanya hanya berpandukan tutorial-tutorial yang beliau temui di Youtube dan internet. Bagi membina 3D printer beliau sendiri, beliau mendapatkan blueprint dari internet dan menghubungi pengeluar-pengeluar sparepart dari China, Hong Kong dan Taiwan.

Dalam masa dua tahun, beliau bukan sahaja berjaya menggunakan 3D printer dengan cekap, malah beliau kini mengeluarkan mesin 3D Printer ciptaannya sendiri melalui syarikatnya, c3d.my. Anda tidak salah membaca, Pak Su mula belajar semuanya pada usia 45 tahun dan 2 tahun kemudiannya mempunyai 9 ejen di seluruh negara. Selain sikap baik hati dan proaktif beliau, sikap menjiwai pembelajaran sepanjang hayat beliau seharusnya dijadikan contoh. 

No comments:

Post a Comment