ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BENARKAH NIK AZIZ MAKIN TENAT ???

Monday 19 January 2015

BENARKAH NIK AZIZ MAKIN TENAT ???


Keadaan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat kini dikatakan dalam keuzuran dan hanya mampu berehat di rumahnya.

Facebook Buletin Kelantan hari ini menyoarkan gambar Nik Aziz sedang terbaring dan dikelilingi tetamu yang datang melawat beliau di kediamannya.

Posting gambar terbabit turut menyatakan bahawa, keadaan Nik Aziz semakin tenat dan sudah terlalu uzur.

Malah admin Facebook berkenaan turut meminta agar semua rakyat mendoakan kesejahteraan beliau.

Cubaan untuk mendapatkan komen daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Muhd Abduh yang juga merupakan anak kepada Nik Aziz untuk penjelasan berhubung keadaan bekas Menteri Besar Kelantan itu, namun beliau masih tidak dapat dihubungi.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi menyatakan turut menerima gambar berkenaan melalui Whatsapp dan tahu mengenai keadaan Nik Aziz yang uzur.

Namun katanya, beliau sendiri tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar yang tersebar itu dan enggan mengulas lanjut.


No comments:

Post a Comment