ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: "HARI INI TOK GURU NAMPAK LEBIH STABIL" - HARON DIN

Friday 23 January 2015

"HARI INI TOK GURU NAMPAK LEBIH STABIL" - HARON DIN



Kota Bharu – Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan keadaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin stabil berbanding awal minggu lalu.

“Alhamdulillah, saya dapat menziarahi Tok Guru (Nik Aziz). Beliau dalam keadaan yang stabil.

“Lihat apa yang berlaku daripada awal, hari ini Tok Guru nampak lebih stabil,” kata Haron dalam temubual ringkas bersama media di perkarangan Unit Rawatan Rapi Neuro HUSM, pada Jumaat.

Pada masa sama, Haron berkata Nik Aziz masih mengingati beliau sekaligus memberi indikasi ingatan Nik Aziz masih dalam keadaan baik.

Menurut Haron, beberapa peralatan kesihatan telah ditanggalkan daripada anggota badan Nik Aziz sekaligus menunjukkan beliau memberi reaksi positif kepada rawatan yang diberikan.

Justeru, Haron berharap agar semua pihak terus berdoa kepada Allah SWT supaya memberi kesihatan yang baik kepada Nik Aziz.

Beliau sebelum itu tiba di HUSM kira-kira jam 9.50 pagi diiringi anak Nik Aziz, Nik Mohamad Abduh serta beberapa pemimpin PAS.
Astro Awani

No comments:

Post a Comment