ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PERODUA LANCAR MODEL MYVI BAHARU HARI INI

Thursday 15 January 2015

PERODUA LANCAR MODEL MYVI BAHARU HARI INI

2015-myvi-f9


KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan model dipertingkat, Perodua Myvi yang ditawarkan pada harga daripada RM41,500 seunit bagi varian Standard G 1.3L manual hingga RM58,900 untuk varian automatik Advance 1.5L.

Mengikut Perodua, naik taraf Myvi, model paling popular Malaysia sejak sembilan tahun lalu dibuat selepas kajian menyeluruh untuk memberi lebih nilai kepada pelanggan.

Antara kemasan terkini pada Myvi baharu yang dilancarkan di sini hari ini ialah perumah lampu projektor serta dilengkapi pengesan membelok depan, sekali gus meningkatkan lagi ciri keselamatannya.

Ruang dalamannya pula dilengkapi cangkuk antiragut untuk memudahkan wanita meletak beg tangan, tempat meletak minuman pada bahagian papan pemuka dan sistem multimedia dengan navigasi serta kamera mengundur.

Myvi ditawarkan dalam dua warna baharu Electric Blue dan Cosmic Gold. Ia adalah tambahan kepada warna popular model itu yang sedia ada iaitu Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.
– BH Online

No comments:

Post a Comment