ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI : NIK AZIZ DIMASUKKAN KE WAD ICU HUSM

Tuesday 20 January 2015

TERKINI : NIK AZIZ DIMASUKKAN KE WAD ICU HUSM




[KEMASKINI]
Ini lagi perkembangan kesihatan Musyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, anaknya Nik Abduh petang Selasa memberitahu bahawa ayahandanya kini dimasukkan kepada wad ICU Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Nik Abduh yang merupakan Ahli Parlimen Pasir MAS berkata, kesihatan ayahnya menurun ketika banjir baru-baru ini.
"Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi. Saya insya Allah akan sentiasa memaklumkan perkembangan ayahanda dari semasa ke semasa. Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang,"katanya yang meminta orang ramai mendoakan kesihatan pemimpin spritual PAS itu.

Sementara itu, beberapa pemimpin PAS juga dalam perjalanan ke Kota Baru, Kelantan bagi menziarahi pemimpin PAS yang paling berpengaruh itu.
Kesihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka itu turun mendadak selepas beliau melepaskan jawatan pada Jun 2013.
HUSM menjadi rumah kedua Nik Aziz berikutan beliau dilaporkan sering ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan.
Beliau dikatakan mengidap sejenis barah yang kini merebak ke bahagian organ dalamannya.

No comments:

Post a Comment