ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 : VIRUS TERSINGKIR DI PERINGKAT SEPARUH AKHIR

Saturday 31 January 2015

MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 : VIRUS TERSINGKIR DI PERINGKAT SEPARUH AKHIR


Shah Alam: Nasib tidak memihak kepada kumpulan Virus apabila tersingkir pada saingan minggu separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) di Dewan Teater Diraja Selangor di sini sekaligus gagal mara ke pentas akhir MLM 2014 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada Jumaat depan.
Sejak awal lagi, Virus yang dianggotai oleh Yus, Tauke dan Zizan gagal memberikan persembahan memuaskan dan sudah beberapa kali diumumkan menduduki tangga tiga kumpulan terbawah.
Ia seterusnya mengundang kritikan juri iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Farah Quinn, Taufik Batisah dan Fazura yang mahu mereka bangkit memberikan persembahan lebih baik.
Penyingkiran ini sekaligus menyaksikan lima peserta iaitu kumpulan Sepahtu, kumpulan Shiro, kumpulan Bocey, kumpulan Zero dan Nabil akan bertarung merebut gelaran juara dan memenangi hadiah lumayan ditawarkan bernilai RM500,000.
Virus sekadar mengutip 48.61 markah dari sistem pemarkahan 70 peratus oleh juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton. Mereka terpaksa akur dengan penyingkiran ini berikutan memperoleh markah rendah berbanding kumpulan lain.- hmetro

No comments:

Post a Comment