ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO KUCING ATAS POKOK KENA SIMBAH AIR

Tuesday 27 January 2015

VIDEO KUCING ATAS POKOK KENA SIMBAH AIR

Kanvas - Operasi Selamatkan Kucing

Asap tak ada, api juga tiada tetapi sekumpulan anggota bomba dan penyelamat tetap memancutkan air ke udara.

Kali ini bukan disebabkan kebakaran, tetapi untuk memaksa seekor kucing dikhuatiri terperangkap di atas pokok dan tidak boleh turun.

Kejadian berlaku di sebuah padang di Bandar Seri Putra, Bangi di mana penduduk meminta bomba membantu seekor kucing yang dikhuatiri terperangkap di atas pokok dan tidak tahu turun.

Aksi anggota bomba itu dirakam oleh seorang pengguna internet yang kemudian memuat naik video tersebut di laman sosial sosial Facebook.

Video berdurasi 1 minit 19 saat yang dimuat naik oleh Zati Arish kelmarin itu benar-benar mencuit hati sesiapa sahaja yang menontonnya.

Menurut Zati, video itu dirakam oleh suaminya yang berhenti ketika mereka dalam perjalanan menuju pasar malam di Bandar Seri Putra.

Dalam video itu bomba terpaksa menggunakan kanvas untuk menyelamatkan kucing tersebut yang mungkin akan tercedera sekiranya ia melompat dari ketinggian ia berada di atas pokok itu.

Bagaimanapun, kucing itu tidak melompat ke atas kanvas yang dipegang oleh empat orang anggota bomba berkenaan sebaliknya, ia  melompat ke tanah dan terus menghilang.- TheRakyatPost

No comments:

Post a Comment