ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PASMA TIDAK AKAN KELUAR, TERUS KEKAL DALAM PAS

Thursday, 29 January 2015

PASMA TIDAK AKAN KELUAR, TERUS KEKAL DALAM PAS


KOTA BHARU - "Kami (Pasma) tidak akan keluar dan kekal dalam parti, kecuali parti (Pas) yang mengambil tindakan terhadap kami," kata Naib Presiden Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed.

Menurutnya, Pasma berdaftar sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang layak untuk menyertai mana-mana parti, maka tiada paksaan berlaku sehingga menimbulkan isu keluar parti dan sebagainya.

“Kami NGO, bebas untuk memilih mana-mana parti, tetapi jika parti itu sendiri yang tidak minat dengan keahlian, atau mahu memecat kita, maka tindakan itu harus dilakukan parti itu sendiri.

“Ingin saya tegaskan di sini, sehingga kini, tiada lagi pihak (ahli Pasma) yang bercadang untuk keluar parti, ini kerana kita memperjuangkan parti (Pas), maka isu keluar Pas ini tidak timbul,”katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menyatakan ketegasan tersebut selepas diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ‘mempersilakan’ ahli Pasma meninggalkan Pas jika tidak sehaluan lagi dengan parti itu.

Mengulas tindakan Abdul Hadi yang dilihat masih keliru dengan peranan yang dimainkan Pasma dalam parti, Che Ibrahim berkata, mana-mana parti politik di dunia ini mempunyai NGO sebagai sayap pendokong, maka Pasma adalah salah satu daripadanya sebagai menyokong perjuangan parti itu sendiri.

“Presiden (Hadi) sepatutnya tidak keliru dengan peranan Pasma kerana beliau sendiri kenal hampir semua pimpinan Pasma di peringkat pusat dan negeri.

“Pas hendaklah berterima kasih kepada Pasma kerana telah membantu memperkuatkan kedudukan Pas dalam PR, jika DAP dan PKR sebagai rakan Pas dalam PR mengalu-alukan peranan Pasma, mengapa Pas masih keliru?” katanya.
SH

1 comment:

  1. Parasit kalau keluar dr hos / perumah, mati le dia.
    Utk selamatkan diri, hos / perumah lah yg kena keluarkan parasit.
    Jika tidak hos / perumah bakal bermasalah, bahkan boleh mati jugak. Bila dah mati nanti, parasit akan cari hos / perumah lain pulak.

    ReplyDelete