ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: [UPDATE TERKINI] NIK AZIZ STABIL DI ICU HUSM

Wednesday 21 January 2015

[UPDATE TERKINI] NIK AZIZ STABIL DI ICU HUSM


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini berada dalam keadaan stabil walaupun ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Anaknya, Nik Mohamed Abduh berkata, bapanya berada dalam keadaan separa sedar selepas menerima rawatan di sini.

Katanya, dia dimaklumkan doktor yang merawatnya, keadaan masih stabil.

"Ayah ditempatkan di sini (ICU) kerana perlukan rawatan rapi untuk penyakit kanser prostatnya.

"Keadaanya antara sedar dan tidak sedar namun stabil.

"Saya harap semua akan mendoakan kesihatannya," katanya ketika ditemui di HUSM, hari ini.
hMetro
Photo: Hanya doa sahaja mampu kami utuskan

Photo: Tuan Guru Presiden

Photo: Semoga Allah meringangkan penderitaan yang TGNA sedang alami

Photo: Kita segerakan solat hajat mohon keHadrat Allah agar yang terbaik buat pemimpin kita sayangi TGNA

[UPDATE TERKINI] 
sumber

sumber

No comments:

Post a Comment