ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 3 GAMBAR PELAJAR KOLEJ MAUT DIREMPUH BAS

Sunday 25 January 2015

3 GAMBAR PELAJAR KOLEJ MAUT DIREMPUH BAS

Gua Musang: Seorang penuntut kolej berusia 20 tahun maut dirempuh bas, selepas pemandunya pengsan di hadapan hentian bas bandar Gua Musang petang semalam.

Dalam kejadian 6.20 petang itu, Khairunissa Hamzah, 20, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Mayat dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu bas berusia 53 tahun yang sedang memandu kenderaannya tiba-tiba pengsan sebelum merempuh mangsa yang sedang berjalan bersama empat rakannya.

"Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke asramanya bersama empat rakannya yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

"Seorang rakan mangsa parah, manakala seorang lagi cedera ringan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian," katanya.
-hmetro



No comments:

Post a Comment