ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENGGUNA TWITTER DEDAH KISAH SEBENAR GADIS BERTUDUNG DIPELUK ARTIS K-POP !!!

Monday 12 January 2015

PENGGUNA TWITTER DEDAH KISAH SEBENAR GADIS BERTUDUNG DIPELUK ARTIS K-POP !!!


Pengguna Twitter Dedah Kisah Sebenar Gadis Bertudung Dipeluk Artis K-pop | Pelbagai gambar yang memaparkan gambar dan video klip gadis-gadis bertudung dicium dan berpelukan dengan artis Kpop telah menjadi satu isu hangat dalam kalangan pengguna laman sosial di Malaysia.

Orang ramai tidak putus-putus melemparkan pelbagai komen berbaur teguran, cercaan dan terkilan dengan tindakan gadis-gadis bertudung berkenaan yang dianggap memalukan agama dan bangsa.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama keezm yang mengakui berada di lokasi menyatakan apa yang berlaku adalah di luar kawalan pengacara majlis sendiri.

Pengacara majlis sudah memaklumkan apa yang perlu dibuat dan gadis berkenaan menjawab tanpa was-was untuk meneruskan aksi memeluk artis k-pop berkenaan.

No comments:

Post a Comment