ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KENAPA MEJAR ZAIDI DIBUANG ??? APAKAH BELIAU JAHIL TENTANG UNDANG-UNDANG TENTERA ???

Friday 16 January 2015

KENAPA MEJAR ZAIDI DIBUANG ??? APAKAH BELIAU JAHIL TENTANG UNDANG-UNDANG TENTERA ???


Terpampang di media sosial isu pemecatan Majer Zaidi  yang dimanipulasikan oleh pihak pembangkang untuk  dijadikan modal  menghentam kerajaan. Tetapi mereka sebagaimana biasa jarang sekali untuk membaca dan mengutip fakta fakta yang menjurus kepada pemecatan tersebut.

Perangai mengambil peluang  dari keadaan sememangnya  kaedah pembangkang menghasut rakyat agar terus mempertikaikan keputusan kerajaan tanpa diberikan fakta yang tepat tetapi hanya spekulasi sahaja.

Majer Zaidi dikira amat bernasib baik kerana hanya dibuang perkhidmatan dalam  tentera, akan tetapi diakan “Makan tak habis” jika disabitkan  dibawah mahkamah tentera dan berkemungkinan akan dipenjara kerana membocorkan dokumen kerajaan  yakni dokumen yang  dikeluarkan oleh  tentera kepada umum.

Kalau Mejar Zaidi tidak menunjukkan dokumen  yang asli kepada umum  berkemungkinan , dia takkan dibuang kerja menurut seksyen 79(2)(c).

Dokumen yang berada pada tangan Mejar Zaidi merupakan format arahan pertukaran tentera yang asli . Apabila surat ini didedahkan kepada umum, lebih ramai lagi yang akan buat pertukaran sendiri , lebih teruk lagi apabila merujuk kepada Seksyen 79(1) ianya akan digunakan oleh pihak musuh untuk menukarkan pegawai-pegawai ke tempat lain .

Berikut merupakan cabutan dari Akta Angkatan Tentera 1972

Pendedahan maklumat tanpa kebenaran

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang mendedahkan tanpa kebenaran, sama ada secara lisan, bertulis, dengan semboyan atau melalui apa-apa jua cara lain, apa-apa maklumat yang atau yang berupa maklumat yang berguna kepada musuh boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
(2) Dalam seksyen ini ungkapan “maklumat yang berguna kepada musuh” ertinya maklumat yang atau yang berupa maklumat mengenai apa-apa perkara yang maklumat mengenainya akan atau mungkin berguna secara langsung atau tidak langsung kepada sesuatu musuh, dan khususnya (tetapi tanpa menyentuh keluasan
peruntukan yang disebut terdahulu) mengenai apa-apa perkara yang termasuk di bawah perenggan yang berikut iaitu sesuatu perkara yang maklumat mengenainya akan atau mungkin berguna seperti yang disebut terdahulu, iaitu:

(a) bilangan, perihalan, persenjataan, alat kelengkapan, penempatan, pergerakan, persediaan pergerakan atau keadaan mana-mana angkatan tentera atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengannya;

(b) apa-apa gerakan, gerakan yang dirancang atau persediaan pergerakan bagi mana-mana angkatan yang disebut terdahulu;

(c) mana-mana sistem kriptograf, bantuan, proses, tatacara, penerbitan atau dokumen mana-mana angkatan yang disebut terdahulu;

(d) mana-mana bungkusan, isyarat panggilan, kata jodoh, kata rahsia, kata laluan atau isyarat pengenalan;

(e) apa-apa langkah bagi mempertahankan atau memperkukuh mana-mana tempat bagi pihak Seri Paduka Baginda;

(f) bilangan, perihalan, kedudukan atau pergerakan manamana orang tahanan perang;

(g) kelengkapan perang.

Keputusan penghakiman Mahkamah Tentera – Juruterbang Mejar (U) Zaidi dibuang kerja kerana sabit kesalahan terhadapnya.

1. Melanggar Perintah Majlis Angkatan Tentera No 13 Tahun 1961 ; Perenggan 13 – membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal tanpa kelulusan Kementerian Pertahanan.

2. Melanggar Perintah Majlis Angkatan Tentera No 13 Tahun 1961 ; Perenggan 3 – menyiarkan kawat tumpangan rasmi (surat arahan pertukaran penempatan ATM) kepada media tanpa kelulusan pihak Majlis Angkatan Tentera.

Tetapi terdapat perkara yang mencurigakan  dalam isu Majer Zaidi ini, beiau merupakan saorang pegawai tentera yang sudah cukup arif tentang perundangan dan kerahsiaan kekenteraan. Namun begitu persoalannya kenapa beliau melakukan perkara yang dilarang didalam  ketenteraan berkaiatan surat rasmi? Provokasi yang dilakukan sehingga terlucutnya  jawatan  beliau telah menimbulkan  persoalan.

Adakah beliau telah ditaja oleh pihak pembangkang?  Ini adalah kerana sebaik pemecatan dilakukan beliau telah ditawarkan bekerja  dengan Kerajaan Pulau Pinang yang mana diketuai oleh DAP.

Logiknya sesaorang yang tiada “backing” yang kukuh tidak akan melakukan perkara yang  menjahanamkan kerjaya dan masa depan keluarga. Ternyata dalam isu ini Majer Zaidi saolah olah telah ditawarkan sebelum ini dan provokasi tersebut merupakan sebahagian dari rancangan agar tindakan diambil keatas dirinya.

Justeru itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa , setiap tindakan beliau mungkin ada hubung kait dengan pihak pembangkang yang mana isu ini akan dimainkan seluasnya di media sosial. Kemungklinan beliau selepas ini akan diberikan ruang  untuk mendedahkan rahsia rahsia ketenteraan dalam ceramah ceramahnya sebagaimana berlaku sebelum ini.
Oleh rmf

No comments:

Post a Comment