ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KELANTAN CATAT SUHU SEJUK LUAR BIASA

Monday 19 January 2015

KELANTAN CATAT SUHU SEJUK LUAR BIASA



KUALA LUMPUR: Kelantan sekali lagi mengalami fenomena cuaca sejuk apabila beberapa daerah mencatatkan suhu sejuk luar biasa antara 19 dan 20 darjah selsius terutamanya dari tengah malam hingga awal pagi.

Fenomena cuaca sejuk luar biasa itu bermula sejak tiga hari lalu.

Di Kuala Krai, cuaca sejuk itu menjejaskan tidur mangsa banjir yang tinggal di khemah sementara di mana mereka terpaksa menggunakan selimut tebal.

Fenomena suhu sejuk ini pernah berlaku awal tahun lalu di Kuala Krai.

Sebelum ini, ada laporan yang memaklumkan bahawa beberapa tempat di negara ini akan mengalami cuaca sejuk luar biasa hingga mencecah 17.2 darjah selsius.

Perkara ini dimaklumkan Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Datuk Dr Shaharuddin Ahmad.

Dr Shaharuddin berkata, fenomena itu berlaku disebabkan tiupan angin kencang timur laut sejuk yang datang dari Siberia dan menyebabkan tiupan angin bertekanan tinggi merentasi negara rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia yang mengalami musim Monsun Timur Laut.

No comments:

Post a Comment